Apo laie?

Posted in Biru | 8 Comments »

Minggu ni ghumah sey tunggang langgang. Habih beghabuk. Dah tigo haghi sey bosin tak sudah. Gata hidung, bongkak mato. Bukan pasa po. Adik sey kan nak kawen, nak mendighikan ghumah tanggo la kato oghang. Jadi eh, bilik sey la jadi mangso. Habih di make over an. Maklum la kan, oghang pertamo dalam keluargo sey yang kawen. Nak kato bosa kendughi eh, tak la jugak, beso beso yo. Nan ado duit eh nak bosa bosa. Ni pon ha, sey dah kopak, ntah dapek idak sey boli baju ghayo. Apo lak taim taim ghayo kau kawen.

Sementagho ingat ni ha, sey nak ajak la kawan-kawan sey datang kendughi adik sey. Datang makan yo, bukan susah bona. Kok ado yang datang nak bawak duit pon sey teghimo. Tak pek sey nak tolak. Yo la kan, hajat oghang. Tolak kang, buek kocik ati oghang. Sey pulak dapek doso. Taknak sey doso doso taim ghayo. Buek ponek mitak maap yo kang.

Oh, lupo taghih eh, 3-Oktober-2010. Sey ingat ghayo ke 24. Kek AU5. Buek kek dewan. Nak buek kek ghumah tak pek. Sosak. Ghumah sey kocik, kang ghoboh, mano sey nak mandi benghak bagai. Takpo, nanti sey bagi kad yo. Adat kono ikot gak. Iyo la, kito kan oghang melayu. Melaysia. Cumo sey gitau taghih dulu, sonang nak planning la kato oghang.

Minggu ni sey tak banyak kojo sangat. Ado la sikit. Hujung minggu lak kawan sey ajak poie boli bungo. Nak boli tuk awek eh. Kek mano eh ado jua bungo yang men hanta-hanta kek ghumah la, opis la. Sey tak ponah buek. Ni satu lagi, nak boli bungo ajak sey. Apo ingat sey mat bungo ko po. Ceh. Takpo la an. Tolong menolong, po salah eh. Sok kok sey nak boli tuk awek-awek sey, sonang. Tapi sey tak main bungo bungo ni. Sey bawak yo poie taman tu ha, potek la mano bungo yang kau nak. Sonang kojo.

Ok lah yo, sey nak caghik ideo jap. Lamo dah berbuku dalam palo sey ni ha. Kok tak diluah kan meghano jiwo batin. Sey gak yang susah. Koghang kok ado la an, buah fikighan tu yang berlomak-lomak dalam jiwo tu, luahkan la. Tak baik bia lamo-lamo, tersekso batin nanti, takpek sey nak nolong. Kalau ado kek sebolah ni ha, sey siku an, sonang cito eh. Kok yang berbatu-batu tu, cano gayo eh. Ok la yo, dah seken taim dah ni sey ok ok. Kok sey lak kang mensiku dighi sedighi kang. Hampeh boto.

Ate, teman nak bagitau nih

Posted in Biru | 9 Comments »

Ahh.. hari ni, aku menjadi Helpdesk. Ape kojenye helpdesk ni? Kojenye ngangkat tipon la yop. Dah turun pangkat ke ape mikenye..? Idok ler. Ate, tempat aku nun, paneh, air-con udah idok keluor sejoknye. Ate, teman pon pindah ler tempat helpdesk ni ha. Ate, paling idok ade ler angin. Idok ler teman kepanasan. Tak gitu? Maklum la, teman nak buat keje kene ade idea. Ni nak keje pon paneh berdenting, idea mendenya teman nak dapat Mak Kiah oi. Paneh membara je ati teman ni, usah nak kate ler. Ate, mike ni pekeheynye yang cakap gayenye oghang peghok nih, ate dah tebiat nak mampus…? Idok ler. Ate ape tu. anu.. ate.. aa.. ape..

Haishhh… siap sudah kad kawin adik aku. Tinggal final comfirmation je ni. Dia ok, aku hantar print, bayo, selesai. Ni hari aku nak ungkit cerita pasal cinta. Cinta? Ye, cinta, tapi ni dari sudut idealisma aku. Sebab ada la beberapa orang bertanyakan aku pasal cinta. Sorry beb aku bukan doktor cinta, tapi aku suka berkongsi. Tak kisah la apa pun. Tapi minggu ni ramai yang bertanya pasal cinta dari sudut pandangan aku. Ok, tapi topik cinta agak narrow, so aku luaskan sikit. Perhubungan. Ye perhubungan antara lelaki dan perempuan. Sayang sayang muah muah.. hekhekhekhek..

Ada la beberapa scene yang aku terpanggil untuk mengeluarkan idea dan aku rasa korang pun malas nak tahu. Sebab, aku dah explain semua dari sudut peribadi aku. Nak wujudkan cinta, kita kena ada perasaan suka. Sebab macam aku kata sebelum ni, cinta tu kehendak. Jadi kalau kita berkehendak, kita kena suka. Kita nak benda yang kita tak suka? Macam mana nak wujudkan cinta. Kita letak tepi bab sayang sayang muah muah. Cinta pandang pertama? Taik, tiada istilah cinta pandang pertama. Macam mana eh nak cinta ngan orang yang baru sekali lalu kita tengok? Yeaah, itu keinginan, kata lain nafsu. Kalau sekali tengok kita suka, itu mungkin dan tak mustahil. Ok, dah. Malas dah nak explain banyak-banyak. Tapi kan, kenapa tanya aku? Takpe-takpe, aku suka berkongsi. Tanya la lagi. Tapi aku belum berumah tangga, tak banyak aku tahu. heee..

Laptop tak siap lagi ni….!!!! Lembab la.. Errr.. korang ada 2K tak? nak pinjam? Bos aku nak jual Macbookpro dia. Aku ngidam dah kalah orang ngandung da ni. Murah sangat tu. Pinjam la. Boleh la. Boleh la. Eh? Eh?

Yippee Ki Yay, all over again!

Posted in Biru | 5 Comments »

Ehem, err, hai, best pulak update blog selalu ni. Macam best. Macam siot. Ah, lantak aku lah.

Hari cuti aku nak siapkan kad kahwin adik aku, sik siap gik tok. Bulan 8 dah mok print. Cepat-cepat. Bolehlah boleh. Hakhakhak. Esok si laki Yana ajak pegi Gig. Beb, aku lama dah tak layan Gig ni. Gig, konsert, underground ke apa. Zaman aku muda belia dulu, rajin ah. Disko pun aku tak pernah masuk (tipuuuuu!!!) Iye, betul. Tengok la sok, kalau tak keberatan, aku menyusul. Tapi jadi reporter lah, ok tak?

Menjelang hujung tahun ni, ada beberapa langkah drastik yang aku kena lakukan. Aku kena lebih berani. Apa selama ni aku penakut? Tak, cuma kurang berani. Apa pun, aku perlu cuba dan cuba dan cuba dan cuba dan cuba dan cuba dan cuba… Oiiii!! gila?!!!

Eh, Yuna sms pulak, ajak tengok Mantra. Baru nak layan Inception. Potong betul. Oi Mek, Jom! Wayang…!

Owh, berita menyedihkan. Kucing kat rumah aku ada 15 ekor dan akan menyusul tak tau berapa lagi. Memandangkan dah terlalu sesak, dan mereka ni tak mahu dok diam. Jadi dengan rasa berat hati, mereka akan dihantar ke pasar. Dan aku tidak rela melakukan perkara itu. Sedih nih :( . Hanya yang tinggal, mereka yang mempunyai anak dan beberapa ekor yang jadi bahan sepak terajang aku. Yang lain, adios amigos pocahontas.

Ok, sebelum tu, layan Die Hard 2 dulu. “They say lightning never strikes twice… They were wrong.”

Kau sayang aku tak?

Posted in Biru | 12 Comments »

Pedulikan lah apa yang terjadi, kritikal menjadikan kita kreatif atau mati. Drastik kadang kala menarik. Bermisteri pada sesuatu keadaan memberi kita idea.

Yang penting, KAU SAYANG AKU TAK?

Diakhir permulaan

Posted in Kelabu | 2 Comments »

“Siapa sangka, inilah jalan hidup yang perlu aku lalu. Inilah yang aku kena hadap. Hikmahnya, kenapa sesuatu terjadi, sebab ia perlu. Persoalan tentang apa yang aku fikirkan, dah pun nampak. Tinggal tunggu langkah aku seterusnya. Bukan soalan cinta, bukan soal perasaan, tapi soal kehidupan.

Aku tak pernah menangis untuk menyandang kesengsaraan. Aku tak pernah kecewa untuk memikul semua beban. Tapi aku sedih. Bermakna aku masih belum kuat untuk sekian lama aku hidup. Belum bersedia. Tapi nestapa tu dah aku genggam. Jadi, aku kena genggam selagi mampu. Selagi aku daya. Untuk aku lepaskan pada masa-masanya nanti.

Pada yang pernah melihat, tolong sampaikan maaf. Kiranya tindakan aku lewat sesaat. Aku hanya mampu untuk waktu itu. Diri aku hanya ada satu, hidup aku hanya ada satu, tujuaan aku hanya ada satu, pinta aku hanya ada satu, tolong kenang sebagai pernah menetap. Akan aku aminkan setiap doa. Terima kasih.”

Kalau peluang tu kita punya

Posted in Biru+Kelabu, Kelabu | 2 Comments »

Ok, berhenti kejap dengan lagu Sweden. Oh, lupa, musik adalah salah satu terapi saikolgi yang bagus. Err.. sangat bagus. Betul, tak tipu. Selain kawan, musik boleh mengubat kesedihan, kemarahan, keputihan… errr… tak… tak… heee… Kisah betul, masa wallet aku hilang, dalam wallet ada 13juta. Untuk menghilangkan kerunsingan, aku lepak dalam kereta, dengar lagu kuat-kuat. Selepas beberapa piring hitam habis, baru lepak ngan kawan. Tengok, ia berkesan.

Tapi bukan cerita pasal tu.

Andaikan, dalam sekarang ni, kita ada satu peluang untuk kita betulkan mana salah. Mana tak betul. Mana silap. Hanya betulkan, bukan ubah. Untuk satu ketika, peluang tu kita punya. Agak-agak, apa yang kita akan betulkan secara keseluruhan? Tapi, aku rasa lebih elok, peluang tu terus takde. Tengoklah, kalau imaginasi melampaui pemikiran. Macam-macam nak mintak, kan? !#$%^TDG$^%^&% betul!

Hujan di Pagi Hari

Posted in Biru | 1 Comment »

Sluuuuuurpppp! aku memang lah sangat sukanya bila hujan dipagi hari. Rasanya macam apa eh. ntah. Tapi best la. Indah je. Brrrrrrrr!!.. Sambil dengar sinar pagi. Waaaahh. Syahdunya. Hujan pagi-pagi macam bagi ilham. Waah, giler sastera. Sementara sampai opis, aku terus layan lagu Diablo Swing Orchestra – Wedding March For a Bullet. Dah lama ada dalam simpanan, tapi ntah rasa macam best je nak dengar balik. Biasa kalau lagu tu macam best je untuk aku dengar, aku pasang kuat-kuat dalam kereta. Baru puas hati beb!

Hah, layanlah lagu ni, rentak dia avant-garde metal. Aku pun tak tau nak mendefinisikan rentak tu macam mana. Sebab lagu ni dia bercampur-campur elemen. Dari Sweden. Tapi memang kreatif lah band ni. Tu pun kalau dengar keseluruhan album la.

Kreatif kan?

Jap. Kenapa kerap sangat taip blog? Sebab….. sebab…. ntah! brrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Bodohnya entry ni

Posted in Biru | 3 Comments »

Sudah hampir sebulan (cecah 24 hari bulan 7) ni laptop gwe dok dalam bengkel. Nasib kerja tak banyak, tapi boleh tahan la sempitnya. Mungkin sebab dah takde, so aku tolak la kerja-kerja freelance yang berat-berat. Kang tak terkejar. Sementara tu, aku bermanja-manja la ngan 550D aku. Asal hujung minggu aku pergi la cari koje. Takde la hidup aku takde hidayah.

Sejak kebelakangan ni, aku rasa macam sesuatu yang jauh. Jauh sangat. Pastu dalam masa sama, aku rasa macam kabur dan jelas. Ntah, apa benda ntah. Aku rasa, macam aku diletakkan pada satu laluan. Aku ikut je laluan tu. Aku pun dalam sedar atau tak, aku ikut laluan tu. Yang jelas, aku sedang melalukan sesuatu. Giler ah, misteri.

Misi aku suku ke 3 tahun ni, pergi jalan-jalan. Aku rasa itu yang boleh buat aku keluar dari keserabutan. Aku tak tau la apa yang aku serabut sangat. Ntah la, macam banyak benda je aku nak buat ni. Aku rasa pun ni antara taipan-taipan terakhir sebelum aku berhenti menaip. Mungkin. Takde la nak berhenti menaip, tapi malas dah update diri aku ni sebagai blog. Aku nak buat lain pulak. Tengah fikir.

Cerita pasal hobi aku kan, amik gambar, jurufoto la orang kata, kononnya la. Sebab hobi tu, aku dapat merasai sesuatu la. Susah nak taip. Tapi, aku rasa….. ntah la. Bodohnya entry ni.

Suara takkan berbunyi

Posted in Biru+Kelabu | 4 Comments »

Semakin kita ingin mencapai apa yang kita nak, semakin banyak tempat kita singgah. Maka semakin banyaklah juga pengalaman yang kita dapat. Tidak kerana apa yang ingin kita capai, tapi kerana kudrat yang kita korbankan. Semakin kita kerap berhenti, semakin kita jauh dari laluan dan semakin banyak “rasa” yang kita dapat.

Kita bukan mahu usaha kita dicanang diseluruh ruang dalam hidup, tapi sejauh mana orang menghargai usaha bangsat kita. Orang taknak lihat usaha kita, tapi nak tengok apa hasilnya, begitu lah selalunya. Kemudian baru orang akan buat dokumentari kalau berjaya atau buat testimonial buruk kalau gagal.

Setakat ni, cukup la kalau kita tutup suara kita. Kalau kita besarkan, orang amik kesempatan je. Tak pernah nak faham kan?

“Aku takkan bagitau kalau aku sakit, tapi orang lain akan bagitau kalau aku mati.”

Enigma : Bunyi yang gelap

Posted in Hitam | 1 Comment »

… Dalam beberapa saat dia rasakan dunia gelap. Tanpa ada sealur cahaya pun. Dia cuba meraba-raba sekitar tempat dia terbaring. Kosong. DIa tak mampu untuk bangun berdiri. Dia hanya mengesot dalam kegelapan. Sehingga di satu sudut, dia terdengar sayup bunyi seperti orang sedang meniup sesuatu.

Dia cuba amati untuk memastikan bunyi itu. Semakin lama semakin kuat. Semakin lama semakin jelas. Sehingga bunyi tersebut betul-betul berada disebelah telinganya. “Siapa tu…?” Tiada sahutan. Bunyi itu tidak berhenti. “Siapa tu?!” Dia ulangi persoalan, tapi tidak berubah hasilnya. Dia sedaya upaya meraba-raba kearah bunyi yang menjadi persoalan nalurinya.

Bunyi tadi terdiam. “Siapa ni? Aku kat mana ni?” Dia cuba menenangkan hati. Tiba-tiba terdengar seperti bunyi deruan. Berdengung seluruh tempat yang dia tak pasti dimana. Makin lama, makin kuat. Dia cuba mencari tempat berlindung sambil merangkak entah kemana arahnya. Dalam hatinya, “Tolonglah beri aku tempat untuk berpaut”