tanjung tualang

“oh! aku beli buku. beritahu semua orang… ada duit sikit, kita pergi bercuti. beritahu orang…”

tekun aku mendengar celoteh seorang penjual buku – berusia mungkin lebih separuh abad, menerangkan tentang hidup, sejarah dan masa depan. dia menjual buku sejarah, buka lama, buku kenangan.

sambungnya lagi, “… sebenarnya kita ego dengan siapa?”

ah!

tanjung tualang tin dredge
tanjung tualang tin dredge no 5 (tt5)

katanya lagi, hari ini kita terpaksa pergi ke negara orang semata-mata hendak membeli buku yang menceritakan tentang budaya dan asal-usul kita sendiri.

“dulu orang putih tulis buku, mereka tekun. mereka fokus. setiap apa mereka tulis mereka sertakan rujukan. tapi orang kita suka tokok tambah…”

“…cukuplah cerita tentang hang tuah”

tanjung tualang tin dredge

hal demikian tak dinafikan tentang orang kita – tokok tambah.

“duit, beri pada anak, besarkan anak, beli keperluan anak. jangan beli buku, mengarut…”

mungkin, ada sesuatu berlaku padanya sehingga dia berkata begitu. namun, aku hormat pendapat beliau dan aku juga ada pendirian.

tiny planet of tanjung tualang tin dredge

oh ye, tentang tanjung tualang. tahu apa ada sana? aku tahu cerita yang panjang.

ah! kau bukan suka tentang sejarah dan nostalgia. tak mengapa, biar aku cerita kepada anak aku nanti.

Leave a Reply