jejambat jalan paku, bidor

Canon EOS 550D, ƒ/13.0, 4, 90.0 mm, 100

pada malam raya ke-3 tu ari. aku bersama seorang rakan lepak atas jejambat jalan paku, bidor, perak.

tujuannya, aku hendak merakam foto light trails.

cerita dia macam ni, sedang kami rancak berbual, sambil aku godek setting kamera, tiba-tiba datang seorang lelaki tua menunggang motosikal. bersama lelaki tua tu, ada seorang budak lelaki. dalam fikiran aku, mungkin anak atau cucu dia.

“buat apa tu? ambil gambar?”, tegur lelaki tua tadi.

dek kurang jelas apa yang dituturkan, aku mendekatkan jarak pendengaran, “ye?”

“ambil gambar ye?”

“ohh… ye! ye!”

mata aku meliar tengok sekeliling. ye lah. jalan gelap. manalah tahu, orang tua ni cuma nak alihkan perhatian kami je. dalam keadaan macam ni, aku skeptikal sikit.

“buat apa ambil gambar tu, baik ikut saya pergi rumah. ambil gambar saya.”

kami terpinga, kami sengeh dan ketawa kecil. rasanya, orang tua ni bergurau.

“jom ikut saya balik rumah. ambil gambar saya. dekat je, hujung sana.”

“eh! takpelah. kami ada kerja sikit.”

“jomlah…! boleh beraya, ambil gambar. saya dulu lawan komunis dalam hutan. jom! bermalam di rumah saya.”

“terima kaseh. takpe kami ada kerja”

sial! bau alkohol. ah! si tua ni mabuk rupanya. kasar betul guraunya. celaka!

berkali-kali juga dia dok ulang benda sama. pelawa kami bermalam. ah! spoil mood betul! 

ktap! shutter berbunyi.

“oklah. kami nak balik. kami ada kerja lain”

“pulak. jomlah ke rumah. tak jauh. bermalam…”

tanpa mengendahkan rayuan dan desakan si tua tadi. aku lipat tripod. kawan tadi start enjin. jalan!

aku bukannya apa. kalau ikut orang tua tu bermalam nanti, entah dirogolnya ke, diliwat ke, mana tahu. dah la baru raya ke-3.

lokasi kami bertukar ke jejambat jalan kampung poh, bidor.

Canon EOS 550D, ƒ/13.0, 4, 90.0 mm, 100
Canon EOS 550D, ƒ/11.0, 4, 90.0 mm, 100

Leave a Reply