gunung pulag

nama pulag ni diambil dari perkataan ‘pulog’ maknanya ‘botak’.

seperti yang terlihat dalam gambar di bawah, kawasan sekitar gunung pulag ni memang botak. tidak kelihatan pokok-pokok tinggi. yang ada hanya tumbuhan renek macam lalang.

gunung pulag

sebenarnya tidaklah botak habes licin tu. botak yang mereka maksudkan ialah, hanya ada dwarf bamboo setinggi buku lali je, paling tinggi paras pinggang. lepas la untuk cover kalau nak terberak.

mount pulag

cerita dia macam ni.

kalau kau pi google image-kan pulag ni, sungguh indah lahai dia punya view. ada lautan awan dan himpunan bintang di dalam bima sakti. tapi, maaflah. dekat sini takkan jumpa, sebab kami ‘dihadiahkan’ dengan ribut dan hujan.

mount pulag

apapun, pengalaman sebegitu rupalah yang membuatkan kau takkan serik nak merasa letih dan penat, haus dan dahaga, sesal dan menyesal.

sebab kau tahu, harga pengalaman tu takkan dapat kat atas katil dalam bilik atau di meja pejabat.

One thought on “gunung pulag

Leave a Reply